Kebahagiaan
adalah hak setiap insan. Oleh itu kita sebagai insan perlu menjemput
kebahagiaan itu agar ianya hadir ke dalam hidup kita. Seiring dengan itu
tentu ada satu tanggungjawab yang sangat mustahak untuk dilakukan agar
kebahagiaan itu benar-benar kekal untuk kita miliki. Dan tanggung jawab
bagi mereka yang inginkan kebahagiaan adalah membahagiakan orang lain.
Maka orang yang tidak mahu menunda kebahagiaan dirinya, harus
mendahulukan kebahagiaan orang lain agar diri sendiri pun bahagia.
Marilah kita terima dengan ikhlas, bahawa kebahagiaan adalah masalah
keputusan. Hidup yang berbahagia adalah untaian dari keputusan-keputusan
untuk berbahagia, dari satu masa ke masa yang lain. Kita harus segera
memutuskan untuk berbahagia, dan keputusan itu harus tegas. Kerana
keputusan yang baik adalah keputusan berpendirian. Setelah kita putuskan
untuk berbahagia, maka semua fikiran, perasaan dan tindakan kita akan
terfokus kepada perkara-perkara yang membahagiakan. Tegaslah untuk
memutuskan bahawa :
“Waktu terbaik untuk berbahagia adalah SEKARANG”.“ Tempat terbaik untuk berbahagia adalah DISINI”. Dan “cara terbaik untuk berbahagia adalah membahagiakan orang lain”.
Jika kita
belum mampu merasa bahagia, marilah kita hidup dengan cara yang
menjadikan kita layak untuk berbahagia. Perasaan kita ditentukan oleh
apa yang kita kerjakan dan apa yang kita hindari. Maka jangan hindari
fikiran yang baik, jangan hindari perasaan yang baik dan yang penting
sekali jangan hindari tindakan yang baik. Perlu diingat bahawa “Orang
yang hidup hanya untuk dirinya sendiri, akan lebih mudah merasa sedih
dan tidak berguna”. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menjadi sebab
bagi kebahagiaan.
“Tujuan hidup kita adalah menjadi sebab bagi kebahagiaan, bagi diri-sendiri dan bagi orang lain”. Marilah kita hidup untuk membahagiakan sebanyak mungkin orang lain. Mudah-mudahan kita akan dijauhkan dari kesedihan dan kita akan dimudahkan untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Tujuan hidup kita adalah menjadi sebab bagi kebahagiaan, bagi diri-sendiri dan bagi orang lain”. Marilah kita hidup untuk membahagiakan sebanyak mungkin orang lain. Mudah-mudahan kita akan dijauhkan dari kesedihan dan kita akan dimudahkan untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.