Kenapa Wanita Suka Marah-Marah | Ramai lelaki yang bingung bila
kekasih hati mereka kerap marah-marah. Apa puncanya, apa yang kurang dan
apa yang buat wanita sentiasa tak berpuas hati, itu yang mereka
soalkan. Jom kita singkap mengapakah wanita kerap marah-marah terhadap
pasangan mereka.
1. Ingin perhatian
Kadang kala wanita hanya inginkan perhatian dari pasangannya. Jika anda
perasan ada sedikit kelemahan lelaki bila mana mereka selalu menjawab
atau membalas text kekasih mereka dengan sikap sambil lewa atau ala
kadar. Mungkin pada masa itu anda busy atau sedang buat kerja lain.
Sebab itu jawapan anda cuba “Makan apa?” , “Awak sht?”, ”ok”,”kenapa?”.
Mereka menaip berjela panjang sedangkan anda jawab cuma beberapa huruf
sahaja. Sebab itulah wanita mula rasa terabai dan tak dipedulikan.
Akibatnya mereka mula marah-marah terhadap kalian wahai kaum Adam.
2.Bendera nak naik
haa, ini satu lagi kes. Ramai yang salah sangka ingat wanita ni mood
macam air laut asik berubah kata mereka. Sebenarnya mood wanita ni bukan
berubah sangat pun, cuma bila mereka nak datang bulan tu mereka alami
perubahan hormon yang buat diri mereka kurang selesa, ada yang sakit,
perit dan ada yang pening kepala juga. Sebab itulah dalam mengawal
kesakitan dan ketidak selesaan itu secara tak sengaja mereka ter
marah-marah…hehe
3.Tegas
Kadang kala sikap wanita yang tegas dan bercakap dalam nada yang
mendatar menampakkan mereka garang dan marah. Sebenarnya itu tanda
wanita tegas dalam membuat keputusan dan pendirian mereka.
Buat kaum lelaki, jangan mudah salah sangka pada emosi wanita yang kerap
berubah. Mereka marah bukan bermakna mereka membenci. Buka bererti
mereka tak sayang atau tak menghargai kasih sayang dan perhatian kalian.
Cuma kadang kala keadaan diri tidak memberi keizinan untuk mereka ceria
sentiasa bersama insan yang mereka cinta.