Mengapa Wanita Kuat Cemburu | Ramai lelaki pening kepala melayan
kerenah pasangan mereka yang terlalu cemburu. Kadang kala pada pendapat
lelaki punca remeh temeh pun boleh menerbitkan kecemburuan hingga
menyebabkan konflik dan pergaduhan bersama pasangan. Ketahui di sini
apakah punca wanita terlalu cemburu terhadap pasangan mereka.
1.Tidak merasa selamat
Wanita tersebut tak merasakan hubungan mereka berada dalam keadaan
selesa dan selamat. Timbul rasa unsecured dan menerbitkan rasa cemburu
dan akhirnya menimbulkan konflik besar.
2. Kurang komunikasi
Kesibukan dan kurang komunikasi adalah punca wanita berasa cemburu dan
rasa terabai. Timbul rasa curiga dan ingin tahu pergerakan pasangan dan
akhirnya wanita mula berasa curiga dan akhirnya akan tercetus
pertengkaran
3.Tidak percaya
Ramai wanita tidak percayakan pasangan mereka. Mereka rasa tercabar bila
ada wanita lain yang lebih cantik mendekati pasangan mereka sedangkan
pasangan mereka langsung tak terniat untuk curang sedikit pun.
4.Posesif
Ramai wanita bersikap obsesif terhadap pasangan mereka. Mereka ini jenis
sentiasa memerhati gerak geri pasangan dan akan cemburu buta bila ada
wanita berurusan dengan teman lelaki mereka.
5.Pesaing
Persaingan adalah salah satu punca wanita lebih cemburu. Jika dia tahu
dirinya ada pesaing dalam merebut kasih sayang lelaki itu akan bertambah
cemburulah dia terhadap pasangan dia. Terutama wanita yang bermadu
dalam cinta, tentunya mereka tak senang duduk dalam memancing kasih
sayang lelaki pujaan hati. Setiap wanita pastinya mahu dirinya lebih
disayangi berbanding pesaingnya.
Apa pun dinasihati agar cemburu itu diatasi dengan kematangan akal agar
ia jalan seiiring dan manis dalam perhubungan dua hati. Bagi lelaki pula
kematangan dan kebijaksanaan kalian pastinya mampu menangani masalah
cemburu wanita . Cemburu tandanya sayang, namun jangan biar cemburu
merosakkan hubungan yang indah, wallahua’lam.