Jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.
Secebis kasih membuat kita sayang,
secubit mesra menumbuh rasa cinta, secangkir janji membuat kita percaya,
sedikit dusta membuat kita terluka, namun secalit ukhwah selamanya akan
terasa.
Apalah erti budi kalau ingin dihargai,
apalah arti pengorbanan kalau inginkan balasan, apalah arti sahabat
sejati kalau tiada keikhlasan di hati.
CINTA tidak pernah meminta, ia sentiasa
memberi. CINTA membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak
pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,
manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.-Mahatma Ghandi
Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah
sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi. ” Saya
air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah
kehilangannya.” “Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya
air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang
mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
Kaum lelaki sering mempersoalkan
kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi,
segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sadarlah bahawa suatu hari nanti
mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil yaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap
lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi
itulah hakikatnya.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih
sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.
Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih
sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan
kerana perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan kerana cinta, kita gugur dari
perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan
cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan
juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.
Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala
kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta
terus bersama.
Cinta dan kasih sayang adalah jawapan
yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada
rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta
kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu
keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.
Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar
ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu
sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada
suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu
sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi
pada suatu hari nanti.~Hamka
Usah gembira pada kelahiran cinta
pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan
seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal
abadi.
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan.
Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan
jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang
luhur dan abadi.
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.
Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang istimewa.
Siapapun pandai menghayati cinta tapi
tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh
dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui
hati dan perasaan.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cemburu menambahkan kasih sayang dalam percintaan tapi terlebih cemburu menjadi punca perpisahan.
Mengenali orang lain adalah 1
kepintaran, mengenali diri sendiri adalah 1 kebijaksanaan, menguasai
orang lain adalah 1 kekuatan, menguasai diri sendiri adalah 1 keyakinan.