Wanita
Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk
menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada
wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih
sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika
sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja.
Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap
wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
1. Keanak-anakkan
Dalam
batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita
yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria
membuat lelaki lebih berghairah.
2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih
waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya
ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus
mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba
mengerti duduk persoalannya.
3. Menghargai
Wanita
yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan
wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai,
dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari
wanita membuat lelaki berasa bangga.
4. Menjaga Penampilan
Lelaki
menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang
terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan
secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga
menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak.
Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping
walau dah punya anak 3??
5. Pandai berbicara
Lelaki
tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan
sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan
pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta
mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka
serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita
yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata
lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara
berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan
suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan
diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar
atau di kampung.
7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki
suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk
diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg
dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak
akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki
memperlakukan dirinya sesuka hati.
8. Simpati dan prihatin
Lelaki
suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar
dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
9. Bentuk tubuh yang menarik
Susuk
tubuh hebat sememangnya menjadi dambaan lelaki. Bagi wanita yang secara
semulajadi mempunyai susuk tubuh persis model, peliharalah ia supaya
kekal hingga bila-bila. Bagi mereka yang terlebih montok pula, lakukan
sesuatu agar susuk tubuh kembali langsing. Lelaki suka golongan wanita
yang berusaha untuk tampil cantik di hadapan mereka.
10. Sentiasa tersenyum apabila berbicara
Cuma
jangan keterlaluan kerana nanti si dia fikir anda ‘tidak sihat’ pula.
Bagi mereka yang mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada teman
lelaki atau suami, jangan pula menunjuk-nunjuk kerana lelaki sangat
gemarkan wanita yang merendah diri dan tahu menghormati orang lain.
11. Lemah lembut.
Sifat
ini cukup untuk mencairkan hati lelaki. Tapi awas, lelaki tidak suka
wanita yang mengada-ngada atau menunjukkan sikap manja yang berlebihan.
12. Jujurlah dengan teman lelaki atau suami anda.
Si dia pasti akan menghargai anda kerana lelaki sangat suka dengan wanita yang jujur atau tidak menipu.
13. Penampilan yang sederhana.
Jangan
keterlaluan apabila bersolek kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita
yang mempunyai kecantikan semulajadi. Paling penting, anda perlu tahu
bahawa kecantikan itu sangat subjektif. Lakukan apa yang dia suka dan
elakkan perkara yang tidak digemarinya.
14. Jangan perasan
walaupun
anda sememangnya mempunyai paras wajah yang cantik. Kalau ada orang
lain yang memuji anda cantik, cukup dengan sekadar tersenyum. Si dia
pasti bangga dengan sikapmu itu.
15. Bermanjalah dengan si dia apabila si dia memerlukan anda bersikap sedemikian.
Selalunya
apabila berada di dalam situasi yang romantik, lelaki juga suka
bermanja atau dimanjakan. Ketika ini anda bolehlah menunjukkan kemahiran
‘manja’ yang anda miliki.
16. Jangan sekali-kali membandingkan si dia dengan rakan lelaki yang lain.
Perkara itu hanya akan membuatkannya marah atau lebih teruk, si dia tidak akan berasa selesa bila bersama dengan anda lagi.
17 Belajar berdikari dan jangan terlalu bergantung harap pada si dia.
Selalunya
lelaki tidak suka melakukan perkara yang remeh kerana banyak lagi
perkara lain yang lebih penting perlu mereka fikirkan. Apa salahnya anda
pergi ke pasar atau membayar bil seorang diri.
18. Tunjukkan kepadanya bahawa anda mempunyai prinsip hidup yang jelas.
Jangan sekali-kali membiarkan lelaki mempermainkan anda. Lelaki selalunya lebih menghormati golongan wanita yang sebegini.
19. Berterus-teranglah dengan teman lelaki atau suami anda.
Jangan sekali-kali menyorokkan kebenaran daripada mereka walaupun sesetengah kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.
20. Berikan sedikit kebebasan kepada si dia.
Adakalanya
lelaki juga mahu menghabiskan masa mereka bersama teman-teman mereka
yang lain. Kalau anda boleh melakukannya, pasti si dia tidak
teragak-agak untuk terus bersama anda.24. Belajarlah memasak. Apa
gunanya anda menjadi seorang wanita sekiranya anda tidak pandai memasak.
Tidak perlu memasak masakan yang terlalu rumit, cukuplah jika si dia
mampu menelan masakan anda. Apa yang penting anda menunjukkan minat
untuk belajar memasak masakan kegemarannya. Pasti si dia berbangga
dengan usaha anda itu.