Jangan Tinggalkan Orang Yang Kita Sayang
Untuk Orang Yang Kita Suka,
Kerana Orang Yang Kita Suka
Akan Tinggalkan Kita Untuk Orang Yang Mereka Sayang...
Jangan Cuba Dapatkan Apa Yang Kita Sayang,
Tapi SayangLah Apa Yang Kita Dapat......

Sekali kau sudi menerimaku
sejuta kali aku akan setia...
sekali bumi beredar
menerbitkan bintang di angkasa
bernafas di dada langit..
selagi itu kau ku cinta...



Bila mata tak dapat melihat,
hati mula tertanya-tanya...
bila telinga tak dapat mendengar,
hati mula terasa sunyi...
Bila rindu datang menjelma,
di manakah insan yang harus menemani...?



Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,
mengapa cinta itu semakin sukar untuk dimiliki??
cinta umpama kota kristal..
indah di penglihatan,derita di perasaan....

Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan,
tetapi percintaan sukar berakhir dengan persahabatan....

Cinta yang disemadikan tidak mungkin kan layu selagi adanya imbas kembali..
hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi...
jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada...
Parut yang lama pastikan sembuh selagi Iman terselit di dada

Sayangi sebuah perkenalan,
kerana di situ terciptanya kemesraan...
kenangi sebuah perhubungan,
kerana di situ terciptanya kerinduan....
Hargai kedua-duanya,
kerana itulah rahmat TUHAN...








 Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa, tetapi mengenali seseorang itu juga dapat membuatkan kita mengalirkan air mata..

Cinta bukan hanya kata indah dan janji manis kerana disebaliknya ada pengorbanan dan sikap saling menghormati.

 Kita memang tak mempu membahagiakan semua orang.. Tapi, kita mampu untuk mendoakan untuk kebahagiaan mereka.

 Jika dia meninggalkan kamu tanpa alasan. Jangan biarkan dia datang kembali dengan alasan..

Jangan kamu ucap kata-kata putus kalau masih sayang. dan jangan kamu ucap sayang kalau sudah putus.

Kemudahan hidup adalah hadiah bagi yang bekerja dengan kecintaan yang besar.

Indahnya kehidupan akan tercipta jika kesederhanaan dalam cinta kasih ada dihati setiap insan.

 Cinta selalu datang dengan luka, jika kamu tak mahu mencintai dan terluka, kamu takkan pernah menemui cinta sejatimu.

 Selalu bertahan dalam sabar dan cinta. Allah akan membimbing ke dalam keputusan dan waktu yang tepat.

Tak ada perasaan yang lebih menyenangkan daripada mengetahui diri kita berada tepat di samping orang yang kita cintai.

Bila hati bertaut rindu, perasaan kian tidak menentu. Itulah kenikmatan cinta, jika dirasai, betapa indahnya anugerah Ilahi.

 Jangan terlalu mencintai dunia, kerana semua yang di dunia tidak ada yang abadi. Cintai Allah s.w.t

Mencintai bukan harus sempurna, tetapi yang penting adalah ikhlas!

Kadang-kadang lebih baik menjauhi sesorang, bukan kerana berhenti mencintainya, tapi kerana harus melindungi diri sendiri dari rasa sakit.

Cinta tidak akan tumbuh hanya kerana terbiasa. kerana cinta adalah perasaan, bukan kebiasaan.

Ketika kamu mencintai seseorang, bererti kau menerima dia seadanya termasuk masa silamnya.

Orang yang bijak adalah orang yang membalas kebencian dengan cinta.

Berikan cinta dgn tulus. Kerana tak ada satu kekuatan pun di muka bumi ini yang dapat menghalangi kekuatan cinta.

Bersatulah kita kerana Allah. Kerana Dia telah menentukannya. Semoga cinta yang terbina mampu bertahan ke akhirnya.

Sebelum mencintai insan lain, cintailah diri sediri dan Allah s.w.t., kerana cinta itu adalah cinta yang lahir tulus dari hati.


Related Post :

Artikel Rekomendasi

Berita Online Okezone

Kumpulan Cerita Motivasi | Artikel Motivasi

ShoutMix chat


ShoutMix chat widget

Popular Pos 2